Bebas atau tetap Kadar_pertukaran

Rencana utama: Rejim kadar pertukaran

Jika sesuatu mata wang terapung bebas, maka kadar pertukarannya boleh berubah-ubah berbanding kadar mata wang lain dan ditentukan oleh kuasa pasaran penawaran dan permintaan. Kadar pertukaran untuk mata wang sedemikian mungkin sekali berubah secara berterusan seperti yang disebut di pasaran kewangan, terutamanya oleh bank, di seluruh dunia. Sistem kadar tetap yang boleh dilaraskan ialah satu sistem kadar pertukaran tetap, tetapi disertakan peruntukan untuk penurunan nilai sesuatu mata wang. Contohnya, antara tahun 1994 dan 2005, renminbi yuan China (RMB) ditetapkan pada dolar Amerika Syarikat pada RMB 8.2768 ke $1. China bukan satu-satunya negara yang melakukannya; sejak berakhirnya Perang Dunia II hingga tahun 1966, semua negara-negara Eropah Barat mengekalkan kadar pertukaran tetap dengan dolar AS berdasarkan sistem Bretton Woods.